Sunday, November 28, 2010

MY COLLECTION



Satu perkara yang aku rasa puas ialah mengumpul cd dan dvd.. Memang puas rasenye bile menelek kembali koleksi cd2 anime, drama2 korea, jepun, taiwan dan tak lupa jugak english series yang ada dalam koleksi aku. Sukar untuk digambarkan dengan kata2.. (heheh. skema la plak)


Anyway, I started this hobby when I was in my 2nd year at UKM. Masa tu la baru rase pegang duit yg banyak sekaligus kan? But don't get me wrong. Walaupun mata aku agak juling dapat duit yang banyak,but with much effort, I carefully potionkan my JPA'a money for buku2 and yuran + makan minum aku. Yang berlebih sikit2 tula baru aku gunakan untuk memulakan hobi istimewa aku nih.. 

At that time, port terbaik untuk aku cari cd2 & dvd2 ni is Plaza Kotaraya (bangunan yg dkt ngan Puduraya tu). Kalau time nk balik kampung je, memang menjadi kewajipan aku utk pegi merewang-rewang kat Kotaraya tu bagi mencuci mata aku dengan siri2 anime or drama yang terbaru dan terhangat di pasaran. Ingat lagi mase 1st time pegi sane, betapa aku jakunnya  menengok kedai2 cd yang ade.. "Ah, I didn't know such place exist! This is paradise!!" Seriously! Memang rambang mata memilih.. Too many series with very minimum prices.. Masa aku dok kat Shah Alam dulu kalo nk membeli cd cume ade Speedy je. Mimpi la nak beli kat Speedy tu. Harganya memang mahal nak mapus! Tapi sejak mengenali Kotaraya nih, aku tak cari tempat lain dah. (Siap ajak adik aku datang dari kampung lagi untuk same2 men-survey tempat nih. Hahaha. Good ol' times)  

Tapi seperkara yang aku membuatkan aku sedih sangat2 ialah bile dengan tetibe je Plaza Kotaraya ni tutup b4 aku masuk 4th year kat UKM.. (Huhuhuhuhu. Alangkah sedihnye hati pakcik) Takde angin, takde ribut, tetibe je tutup. Sampai sekarang aku masih tertanya-tanya sebab musababnye.. Dengar kate, management die ada masalah kewangan. Tak taula betul ke tak.. Arggh!! Tension aku. Sejak tu aktiviti special aku ni mula berkurangan. Nak2 lagi dengan ke-bz-an bisnes BBQ Chicken nih, lagila aku semakin malas nak meng-update-kan diri aku ngan citer2 terbaru.. Sampaila adik pompuan aku start masuk UKM.. Die la yang rajin membeli citer2 korea dan jepun yang baru.. Die jugak la yang rajin men-download jkdrama nih.. (Bagus! Keep it up sis! Bole aku tumpang 2 kaki. kui! kui! kui!) Cume 1 je yang tak berapa best, adik aku ni tak berapa layan sgt anime & english series.. Maka sekarang ni, sumber anime & english series aku ialah online.. (takat tengok online jela, nk download aku malas) 

Akhirnye, dengan adenye adik aku yang berkongsi minat yang sama, I'm back to collect!!  Hehehe. Ktorg saling mengupdate untuk citer2 baru yang best untuk ditengok.. Sedar tak sedar, dalam mase 4 tahun aku menjalankan hobi ni, adela lebih kurang 150 siri drama jepun, korea, anime & english yang ade dalam simpanan aku. (Lebih kurang 400 keping cd kot, ntah tak kire plak. 1 series selalunya ade lm 10-20 keping cd or 3-4 keping dvd) Tu siri yang ktorang kumpul, yang tak kumpul tu adela lebih kurang 200-300 siri yang lain. Selalunya untuk siri yang tak dikumpul ni, kitorg pinjam member atau tengok online je. Tak pun menyewa kat Video EZ because citernye yang tak berapa best or simply because tak minat ngan pelakonnya. Lagipun, tak larat gak nk simpan kalu byk sgt dvd nyer..

Di sini aku kongsikan beberapa gambar koleksi siri2 yang ade kat dalam simpanan kami:

Ni la almari yang ade kat bilik aku kt Subang ni. Kt kg ade lagi nih. U can see from this picture that I've been collecting manga too.. :)
Koleksi DVD yg dibeli

Koleksi CD2 yang ada

Siri-siri yang di-download. Aku burnkan dalam cd untuk tontonan sendiri je, bukan untuk diedarkan, ye


Well, 1 thing yang aku agak susah nak buat ialah meminjamkan cd2 ni kat orang. Kirenye aku ni agak kedekut dan berkira jugak orgnye. Bukan ape, dulu time kt UKM tu bile aku bagi pinjam kat org je, abis cover hilang la, 1 cd hilang la, cd calar balar la. Tu yang aku malas tu. Yela, bli ckit nyer susah. Begitu 'menatang bagai minyak yang penuh'nya aku kat cd2 ni. sekali bile bagi org pinjam, rupenye dah tak seperti asal. Sape tak bengang kan? So la ni, aku cakap kat adik aku, sorry to say orang lain x bley pinjam. Kalo member2 nk tengok, sila tengok kat rumah kami or bilik hostel adik aku ye. Harap maklum..

Good thing about this hobby is that, sambil2 melayan cd tu aku dapat belajar bahasa asing. Tak kire la bahasa Mandarin ke, Kantonis ke, bahasa Jepun ke, Korea ke, even bahasa Inggeris sekalipun memang boleh belajar punye. That's why ade jugak cd2 dalam koleksi kitorg ni yang takde subtitles, tapi daripada gambar dan pemahaman bahasa asing yg ado, kami faham apakah kandungan ceritenyer. Kalau bahasa Korea tu mungkin agak susah jugak la nk tangkap, tapi kalo bahasa cina & Jepun tu, isya-Allah takde masalah nak faham. Kekadang kat rumah ni, aku ngan adik aku selalu jugak communicate dlm bahasa Cina & Jepun. Saje je gatal2. Walaubagaimanapun, kalo nk betul2 fasih dan boleh menulis & membaca tu, memang la kena amik formal class. In fact, that's what I've been planning pun. Cume blom ade mase je lagi.. Hopefully aku punya kesempatan tu di masa depan.. 

Adioss..

Friday, November 26, 2010

CATS & ME

Fuh..Penat jugak nk memahamkan setting dan blog template design ni rupenye.. Adoila. Tapi takpe. It's never too late to learn. Let's just leave this blog design the way it is at the moment.

Meow! meow!
Cats and kittens. Really really love them VERY MUCH!! Tak kire la kucing Siam ke, kucing Parsi ke, kucing kampung ke, mak kucing or bapak kucing ke,  sebut je kucing memang dah menjadi favorite aku. Even harimau, cheetah dan singa pun aku suka. (suka tengok jela, nk pegang tak berani). Tapi setakat ni aku cuma ada kucing yang dibela kat kampung jela (tu pun mak yg tolong jaga). Nak bela kat rumah ni tak dapat green light dr abg la plak.. Huhuhu.

I can still remember the time when I was still studying @UKM, me and few friends rent a house near komuter station.There's this 1 friend of mine ni yang memang takut sangat dengan kucing (bayangkan dia sanggup duduk kat bilik air lama2 just because ada sekor anak kucing yang dok  melepak kat depan pintu bilik air time tu..kui!kui!kui!) Time tu walaupun aku xde bela kucing, tapi selalu jugak kucing2 liar datang melepak kat luar rumah kitorang (aku takat main2 & bagi makan gitu2 jela) Yang bestnya, walaupun member yang sorang ni takut gila dgn kucing, tapi selepas tengok aku selalu main ngan kucing2 ni lama kelamaan die pun dah berkurang fobianya.. Drp tengok jauh2 sekarang dh bole tengok dekat2, siap boleh pegang lagi (walaupun agak takut je aku tengok.) Hehehe. At least aku berjaya meng-'influence'-kan member aku ni supaya mendekati kucing, haiwan yang aku rasa paling comel kat dunia nih.. (Hnsh!hnsh! kembang lubang idung)

Just to share with everyone, here are some of the cats and kittens picture in my collections
Meet Bo Bice (posing maut!), she was named after my favourite American Idol finalist (Bo Bice is a guy though, but I don't care pun, the name itself is cute)

This is Bo's children. I can't recall their names. Is it no 1, no2, no 3 and no 4? 

1st Hobi: tidur beramai-ramai
(No1:"Pagi-pagi ni sejuk, lebih afdal kalau tidur sambil merapatkan saf'') 


2nd Hobi: Minum susu beramai-ramai
(No 2: "Woi, tepila aku lapar ni!")
(No 3: "Ko tindih aku la, adeii!")

3rd Hobi: Tidur lagi beramai-ramai
No 2: "Panasnye tghr ni, tak larat la aku nk pose!"
No 3: "Tidur tghr dpt menegangkan kulit wajah"
No 4: "Mana Along? ZZZZZZ"
Sampai akhirnya .....
No 1:"Ya, ampun! buruknye gaya korang tido"
No 2, 3 & 4: "ZZZZZ..krooih!"


No 1: "Tak bley jadi ni, aku nk join gak!ZZZ"

More screen shot and close up (alahai, comelnya! macam puss in boots pulak)


Next, check out this kittens playing in this video





















Wednesday, November 24, 2010

BLOG & BLOGGING

Finally!

Selama ni dok tengok dan dengar je orang lain bercerita pasal blog, blogger and blogging..Tak terfikir pun nak buat..Lagian terasa malas pulak nak ambil tahu pasal cara-cara nak berblog.. But then after give it some thoughts and learn how to do it, tangan pun mula la terasa gatal nak menulis. Bukan  apa, this is to sharpen my writing skills gak (rasa macam lame je tak menulis).Plus, I can share my thoughts and do some marketing throgh this channel..

So, this is it..my long awaited blog..