Saturday, May 14, 2011

NEW KITTIES

Yeeehaaa! Finally aku berjaya juga mendapatkan kittens baru. Dah lama ngidam nak dapatkan anak kucing baru semenjak anak kucing yang sekali sekala datang kat belakang rumah Subang ni mati kat pangkuan aku.. Huhuhuhu. After I've got a yes from my bro n sis, terus la mencari-cari kucing2 kat Subang ni untuk diadopt. Tengah2 mencari-cari tu terjumpa la iklan kat PETFINDER yang nak cari orang untuk adopt 6 kitties. Aku pun dengan senang hatinya mengadopt 3 ekor daripadanye. Bukan aku tak nak jaga keenam-enamnya tu, tapi kapasiti kat umah ni, cume mampu untuk jaga 3 kitties je. Tu pun rasa dah banyak sangat. Takut tak tertunai tanggungjawab je nanti kalo amik sume skali. Unless kalo aku boleh bagi 3 ekor lagi tu kat mak aku kat kampung, takpe. Masalahnye, tak tau lagi bile aku dapat balik kampung. Lagipun masa aku g amik kucing ni kat Putra Heights tu, aku nampak ada mak kitties ni skali. Aku just plan nak adopt kittiesnye je, tak terasa nak jaga mama kitties skali. Tapi bila sampai sana, rasa cam tak sampai hati la plak kalo aku amik sume 6 kitties tu tapi tak amik mama die skali. Cam kesian la plak kat mama die, penat2 die lahirkan budak2 kucing nih.. Then after doing some deep thoughts, aku akhirnya mengambil keputusan untuk amik 3 ekor je. Tapi sempat aku pesan kat Hanis Syaf (student UIA yang jumpe family kucing ni) supaya mengkhabarkan kat aku kalo takde orang nak amik 3 ekor kitties yang tinggal tu. Aku plan nak amik je diorang tu skali dengan maknye untuk aku bawak balik kampung bila-bila nanti. So tunggu je lah khabarnye nanti. Seperti yang aku janjikan kat Hanis, aku akan postkan khabar kitty2 ni bebila senang. So Hanis, if u are here, check out this photos:

3 budak kucing...


Pose istimewa. "oii! tak sakit tengkuk ke tido camtu?"

Ala, comelnya!

Meet Gemok. Hobi: tido dan makan banyak.
Tapi yang paling baik antara budak kucing lain

This is Oyen. When it comes to food, Oyen is super aggresive.


Lang, the only female in d house. Hobi: mencantikkan
bulu dan menyepahkan pasir litter box

A short clip of the 3 kitties

Saturday, May 7, 2011

REVIEW MOVIE-MERONG MAHAWANGSA

Muahahahaha. Akhirnya aku berjaya gak menonton movie Melayu yang dah tak berapa hangat di pasaran la ni, "Merong Mahawangsa". Dalam 2 minggu yang lepas baru tengok. Tu pun tengok kat Astro First.. Memang lame dah terasa nak tengok filem ni sejak belum kuar lagi. Yela, tengok newspaper tak abis2 dok promote filem epik Melayu terhebat abad ni, tu yang dok teringin je nak nengok. Bestnya tengok kat Astro First ni, boleh tengok beramai-ramai dengan sume adik beradik. Tempoh tayangan untuk 1 cerita yang diorder adalah selama 48 jam. Kire berbaloi la untuk bayaran yang dikenakan. So boleh tengok bila-bila je time yang dirasakan sesuai. Yang tak best sangat pasal Astro First ni, die cuma ada filem2 Melayu je. Bagi orang-orang yang memang tak menyokong industri filem Malaysia cam aku ni, Astro First ni takdelah best sangat filem-filem yang ditawarkan.

Back to cerita Merong Mahawangsa ni, apa yang boleh aku concludekan di sini ialah cerita ni memang terbaik dari segi skor muzik dan sountracknye. 2 thumbs up!! Syabas Edry KRU dan Malaysian Philharmonik Orchestra! Memang tak kalah ngan filem2 Hollywood.. Cheeewaah! But seriously ini adalah pandangan peribadi aku. Dari segi jalan cerita dan garapan pengarah, aku boleh kata kire okeylah. (Well...don't blame me..this genre is not really my cup of tea) All and all, aku rase tak membazir langsung la kalo nak kena bayar RM10 untuk gi tengok cerita-cerita Melayu cam ni kat pawagam. Gambar pun takla buruk cam tipikal cerita Melayu yang ado.. Hehehe. Dakara minna! Check out synopsis Merong Mahawangsa my version:


Merong Mahawangsa mengisahkan Merong (lakonan Stephen Rahman Hughes) yang diupah untuk menjadi pengawal dan pelayar bagi putera Roman yang nak ke Tanah Melayu (Golden Chersonese) untuk berkahwin dengan Puteri China. Dikatakan Si Merong ni adalah dari keturunan Alexander the Great. So Merong dan Putera Roman ni pun berlayarlah ke sana. Tapi bile dah sampai ke Tanah Melayu ni, gerombolan Merong and gerombolan dari China ni diserang oleh puak Geruda (yang ala-ala lanun gayanye). Puak Geruda ni guna ilmu sihir/kebal dan askar2nya untuk menculik puteri China bagi menuntut tebusan dari kerajaan China. Merong yang dah nyawa-nyawa ikan selepas bertempur ngan puak Geruda ni diselamatkan oleh seorang pakcik (apa tah namenye, tapi lakonan pakcik Rahim Razali la) dan Embok (lakonan Ummi Nazeera, sape2 ntah coz aku memang tak kenal pelakon Malaysia sangat, Heh). Menurut ramalan pakcik lakonan Rahim Razali tu, Merong ni adalah satu-satunya yang dapat menyatupadukan kampung pakcik ni yang dah berpecah belah akibat dek perbuatan Geruda ni. So Merong ni pun menuntutlah ngan pakcik tu tadi. Selepas dah berjaya menyatukan kampung dan dilantik jadi raja bagi kampung2 nih, Putera Roman dan General China yang disangka mati pun datang mencari Merong bagi membantu diorang menyelamatkan Puteri China yang diculik tadi.. So, berjaya tak berjaya, hidup or mati, aku malas nak wat spoiler kat sini, gilah korang order Astro First ye untuk tau kesudahannya.. Jom kite Sneak Peek trailer Merong Mahawangsa ni cket: