Lama rasanye tak post kat blog ni.. Bukan ape, takde idea nak tulis ape.. My life is sooo boring sampai takde apemende nak tulis.. I've try blogwalk to other people's blog to get a few idea, but still.. Idea ni tak muncul-muncul jugak.. HUMMMM..
So, sambil-sambil aku meregangkan urat otak aku yang tersimpul ni, baiklah kirenye aku mengepost entry baru untuk blog yang dah nak bersawang ni..Hahahaha..
Last weekend, tak semena-mena adik aku ajak tengok midnight. Tak pernah dibuat aku, tengok midnight ngan adik aku sendiri. Aku rase setakat ni, aku cume pernah tengok midnight sekali je, cerita SALT. Bukan ape, aku ni memang kurang gemar keluar malam-malam buta. Tapi alang2 ade orang nak belanja, pergi je la.. Kebetulan aku memang terasa nak tengok cerita KHURAFAT ni.. Lagipun, rasa cam thrill je kalo tengok cerita seram malam-malam, isn't it?
Kitorang pun pergila ke GSC Summit USJ dengan misi utama, nak layan KHURAFAT.. Beli tiket pukul 11 malam untuk tayangan kul 12. Time tu, tiket KHURAFAT ni memang fast sale la.. Nasib baik dapat gak tiket , tapi malangnya ktorang dok asing, row adik aku kat depan, selang 2 seat ngan aku. Dalam kepala dah terfikir dah, mampu ke aku layan cerita ni sampai abis.. Takut bosan je, biasalah cerita Malaysia ni memang bosan pada pandangan aku..
Sekali bila aku tengok, aku siap lelapkan mata lagi.. Bukan sebab bosan, tapi sebab TAKUUUUUT!!! Aaaaaaaaaa.. Aku tak taula disebabkan aku ni penakut ke ape, tapi boleh dikatakan sume part seram-seram dalam citer tu aku tak tengok.. Aku pejamkan mata je.. Chei, duduk dengan steady dan machonye, tapi orang tak tau aku dok pejam mata senyap2 kat situ.. Heheheh.. Seram nyer pasal (especially part dukung mayat tu) In the end, aku suruh adik aku cerita balik scene2 hantu dan seram yang ado.. Hahahaha.. So kalo aku ditanya soalan, "Best ke KHURAFAT tu?" , nescaya aku akan jawab "Ntahla.. aku tak tengok pun.." bcoz memang betul ape. 50% dari masa tayangan tu, aku pejamkan mata je. tak tengok pun. Dahla dengan sound sistem kat dalam wayang tu ckit nyer baik.. Terasa nak pecah gegendang telinga aku dibuatnye.. Lagila sakit jantung aku dengar sound effect die.. KUS Semangat!
Dalam seram2 tu, aku boleyla citer skit spoilernye kat sini.. Cerita KHURAFAT ni mengisahkan Johan (Syamsul Yusof) yang bekerja di bilik mayat hospital dan isterinya Aishah (Liyana Jasmay), sering diganggu oleh makluk-makhluk halus ni sejak diorang balik dari kampung Si Johan ni. Disyaki bekas awek Johan (Sabrina Ali) yang menghantar gangguan-gangguan ni kerana frust menonggeng bile Johan dah kahwin ngan orang lain. Turut disyaki adalah makcik sapu sampah yang keje satu tempat ngan Johan ni. Dipendekkan cerita, akibat terlalu frust Johan kawen lain, Sabrina Ali ni pun akhirnya bunuh diri dan Johan ni pulak diamanahkan oleh mak Sabrina ni untuk menguruskan jenazah anaknya tu..(tu yang ade scene seram tu).. Di sinilah cerita KHURAFAT sebenar dibongkar..
Nak tau lagi? Silalah menonton sendiri untuk kepuasan maksimum.. Aku just bole cakap cerita ni oklay la gak bagi penggemar cerita seram.. Aku tak gemar because aku tak suke perasaan terkejut tu.. Tapi, biaselah, scene2 seram and dari mana hantu tu datang memang very predictable (tu yang aku bole pejam mata exactly bile time hantu tu kuar, walaupun aku tetap juga terkejut, ...mamang salah sound sistem yang terlampau tuuuu)
Anyway, out of 5, aku bagi 3 bintang untuk citer ni kerana berjaya membuatkan aku sakit jantung!! Tahniah!