Saturday, May 14, 2011

NEW KITTIES

Yeeehaaa! Finally aku berjaya juga mendapatkan kittens baru. Dah lama ngidam nak dapatkan anak kucing baru semenjak anak kucing yang sekali sekala datang kat belakang rumah Subang ni mati kat pangkuan aku.. Huhuhuhu. After I've got a yes from my bro n sis, terus la mencari-cari kucing2 kat Subang ni untuk diadopt. Tengah2 mencari-cari tu terjumpa la iklan kat PETFINDER yang nak cari orang untuk adopt 6 kitties. Aku pun dengan senang hatinya mengadopt 3 ekor daripadanye. Bukan aku tak nak jaga keenam-enamnya tu, tapi kapasiti kat umah ni, cume mampu untuk jaga 3 kitties je. Tu pun rasa dah banyak sangat. Takut tak tertunai tanggungjawab je nanti kalo amik sume skali. Unless kalo aku boleh bagi 3 ekor lagi tu kat mak aku kat kampung, takpe. Masalahnye, tak tau lagi bile aku dapat balik kampung. Lagipun masa aku g amik kucing ni kat Putra Heights tu, aku nampak ada mak kitties ni skali. Aku just plan nak adopt kittiesnye je, tak terasa nak jaga mama kitties skali. Tapi bila sampai sana, rasa cam tak sampai hati la plak kalo aku amik sume 6 kitties tu tapi tak amik mama die skali. Cam kesian la plak kat mama die, penat2 die lahirkan budak2 kucing nih.. Then after doing some deep thoughts, aku akhirnya mengambil keputusan untuk amik 3 ekor je. Tapi sempat aku pesan kat Hanis Syaf (student UIA yang jumpe family kucing ni) supaya mengkhabarkan kat aku kalo takde orang nak amik 3 ekor kitties yang tinggal tu. Aku plan nak amik je diorang tu skali dengan maknye untuk aku bawak balik kampung bila-bila nanti. So tunggu je lah khabarnye nanti. Seperti yang aku janjikan kat Hanis, aku akan postkan khabar kitty2 ni bebila senang. So Hanis, if u are here, check out this photos:

3 budak kucing...


Pose istimewa. "oii! tak sakit tengkuk ke tido camtu?"

Ala, comelnya!

Meet Gemok. Hobi: tido dan makan banyak.
Tapi yang paling baik antara budak kucing lain

This is Oyen. When it comes to food, Oyen is super aggresive.


Lang, the only female in d house. Hobi: mencantikkan
bulu dan menyepahkan pasir litter box

A short clip of the 3 kitties

Saturday, May 7, 2011

REVIEW MOVIE-MERONG MAHAWANGSA

Muahahahaha. Akhirnya aku berjaya gak menonton movie Melayu yang dah tak berapa hangat di pasaran la ni, "Merong Mahawangsa". Dalam 2 minggu yang lepas baru tengok. Tu pun tengok kat Astro First.. Memang lame dah terasa nak tengok filem ni sejak belum kuar lagi. Yela, tengok newspaper tak abis2 dok promote filem epik Melayu terhebat abad ni, tu yang dok teringin je nak nengok. Bestnya tengok kat Astro First ni, boleh tengok beramai-ramai dengan sume adik beradik. Tempoh tayangan untuk 1 cerita yang diorder adalah selama 48 jam. Kire berbaloi la untuk bayaran yang dikenakan. So boleh tengok bila-bila je time yang dirasakan sesuai. Yang tak best sangat pasal Astro First ni, die cuma ada filem2 Melayu je. Bagi orang-orang yang memang tak menyokong industri filem Malaysia cam aku ni, Astro First ni takdelah best sangat filem-filem yang ditawarkan.

Back to cerita Merong Mahawangsa ni, apa yang boleh aku concludekan di sini ialah cerita ni memang terbaik dari segi skor muzik dan sountracknye. 2 thumbs up!! Syabas Edry KRU dan Malaysian Philharmonik Orchestra! Memang tak kalah ngan filem2 Hollywood.. Cheeewaah! But seriously ini adalah pandangan peribadi aku. Dari segi jalan cerita dan garapan pengarah, aku boleh kata kire okeylah. (Well...don't blame me..this genre is not really my cup of tea) All and all, aku rase tak membazir langsung la kalo nak kena bayar RM10 untuk gi tengok cerita-cerita Melayu cam ni kat pawagam. Gambar pun takla buruk cam tipikal cerita Melayu yang ado.. Hehehe. Dakara minna! Check out synopsis Merong Mahawangsa my version:


Merong Mahawangsa mengisahkan Merong (lakonan Stephen Rahman Hughes) yang diupah untuk menjadi pengawal dan pelayar bagi putera Roman yang nak ke Tanah Melayu (Golden Chersonese) untuk berkahwin dengan Puteri China. Dikatakan Si Merong ni adalah dari keturunan Alexander the Great. So Merong dan Putera Roman ni pun berlayarlah ke sana. Tapi bile dah sampai ke Tanah Melayu ni, gerombolan Merong and gerombolan dari China ni diserang oleh puak Geruda (yang ala-ala lanun gayanye). Puak Geruda ni guna ilmu sihir/kebal dan askar2nya untuk menculik puteri China bagi menuntut tebusan dari kerajaan China. Merong yang dah nyawa-nyawa ikan selepas bertempur ngan puak Geruda ni diselamatkan oleh seorang pakcik (apa tah namenye, tapi lakonan pakcik Rahim Razali la) dan Embok (lakonan Ummi Nazeera, sape2 ntah coz aku memang tak kenal pelakon Malaysia sangat, Heh). Menurut ramalan pakcik lakonan Rahim Razali tu, Merong ni adalah satu-satunya yang dapat menyatupadukan kampung pakcik ni yang dah berpecah belah akibat dek perbuatan Geruda ni. So Merong ni pun menuntutlah ngan pakcik tu tadi. Selepas dah berjaya menyatukan kampung dan dilantik jadi raja bagi kampung2 nih, Putera Roman dan General China yang disangka mati pun datang mencari Merong bagi membantu diorang menyelamatkan Puteri China yang diculik tadi.. So, berjaya tak berjaya, hidup or mati, aku malas nak wat spoiler kat sini, gilah korang order Astro First ye untuk tau kesudahannya.. Jom kite Sneak Peek trailer Merong Mahawangsa ni cket:


Sunday, March 27, 2011

FOREIGN LANGUAGE


Gosh, its been ages since I last post here. Well, today mari kita borak2 pasal bahasa. Yup, aku memang sangat minat untuk belajar bahasa asing.

 Be it Bahasa Inggeris ke, Bahasa Cina ke, Bahasa Arab ke or even Bahasa Indonesia and Jawa sekalipun.. It is always interesting to learn new language. Sebagai seorang yang sangat suka menonton drama-drama luar ni, belajar bahasa asing sudah tentulah menjadi satu kemestian buat aku.. Bukan apa, aku rase cam seronok je bile kite bole ikut gaya dan bahasa percakapan pelakon-pelakon tu. Setakat hari ni, boleh dikatakan aku agak okay jugak la untuk faham dan bercakap dalam bahasa Cina (Kantonis n Mandarin), Nihongo aka Japanese dan jugak of courselah; English. Nak kate power tu takla, grammar mistake ade gak sane sini tapi takat nak faham tu, Insya-Allah boleh. 

Sekarang ni aku tengah aktif belajar Bahasa Korea lak.. Al-maklumla, ade cita2 nak gi melawat negara tu. So far, aku belajar bahasa Cina and Japanese through drama-drama or anime-anime yang aku tengok. Thus, aku just faham bahasa lisan nye jela, tulisan memang sepatah haram tak tau.. hehehhe. Tapi untuk Bahasa Korea ni, aku start dengan belajar tulisannya dulu. Personally, aku rase kalo nk sebutan Hangul yang lebih tepat, baik kite belajar tulisannya sekali coz kalo belajar menyebut hangul melalui tulisan rumi, memang agak rumit dan sukar ckit nak pronounce betul2.. Once dah belajar tulisan Hangul, sebutannye memang tak sesusah mana.. Seriously. And huruf-huruf dalam Hangul ala-ala huruf-huruf ABC gak, ada consonant and ada vowel. 

Di sini aku kongsikan sikit huruf-huruf dan cara sebutannye:

Ni adalah consonant yang ada:


 Ni plak huruf-huruf vocal yang ada dengan bunyinya yang sepatutnya:


 Di bawah ni plak, cara sebutannye bile huruf-huruf consonant dan vocal ni digabungkan membentuk suku kata:


Okay, all and all, marilah kite belajar Bahasa Korea beramai-ramai ye.. Then bolehlah kite ikut menyanyi lagu-lagu Korea yang sekarang ni banyak diputarkan kat radio. Aku ni takdela minat sangat kat lagu-lagu Korea ni. Biasa-biasa je. Unlike certain peope yang tersangat fanatik dengan lagu-lagu dan pelakon-pelakonnya.

 Tak dinafikan lagu-lagunya yang catchy dan mudah menangkap halwa telinga ni, tapi kalo nak di'compare' I personally like Japanese songs more than Korean songs, and aku gak rasa budaya Japanese ni lagi menarik pada pandangan aku. Just my opinion though. But whatever it is, setiap negara tu ada bahasa dan budayanya yang tersendiri, terpulangla pada kita untuk belajar atau tak. 

As I mention before, learning foreign language always interesting for me. Wish I can take proper class, tapi disebabkan aku agak kesempitan, belajar jela sendiri dulu!

Monday, January 17, 2011

KHURAFAT MIDNIGHT MOVIE

Lama rasanye tak post kat blog ni.. Bukan ape, takde idea nak tulis ape.. My life is sooo boring sampai takde apemende nak tulis.. I've try blogwalk to other people's blog to get a few idea, but still.. Idea ni tak muncul-muncul jugak.. HUMMMM..  


So, sambil-sambil aku meregangkan urat otak aku yang tersimpul ni, baiklah kirenye aku mengepost entry baru untuk blog yang dah nak bersawang ni..Hahahaha..


Last weekend, tak semena-mena adik aku ajak tengok midnight. Tak pernah dibuat aku, tengok midnight ngan adik aku sendiri. Aku rase setakat ni, aku cume pernah tengok midnight sekali je, cerita SALT. Bukan ape, aku ni memang kurang gemar keluar malam-malam buta. Tapi alang2 ade orang nak belanja, pergi je la.. Kebetulan aku memang terasa nak tengok cerita KHURAFAT ni.. Lagipun, rasa cam thrill je kalo tengok cerita seram malam-malam, isn't it?


Kitorang pun pergila ke GSC Summit USJ dengan misi utama, nak layan KHURAFAT.. Beli tiket pukul 11 malam untuk tayangan kul 12. Time tu, tiket KHURAFAT ni memang fast sale la.. Nasib baik dapat gak tiket , tapi malangnya ktorang dok asing, row adik aku kat depan, selang 2 seat ngan aku. Dalam kepala dah terfikir dah, mampu ke aku layan cerita ni sampai abis.. Takut bosan je, biasalah cerita Malaysia ni memang bosan pada pandangan aku..

Sekali bila aku tengok, aku siap lelapkan mata lagi.. Bukan sebab bosan, tapi sebab TAKUUUUUT!!! Aaaaaaaaaa.. Aku tak taula disebabkan aku ni penakut ke ape, tapi boleh dikatakan sume part seram-seram dalam citer tu aku tak tengok.. Aku pejamkan mata je.. Chei, duduk dengan steady dan machonye, tapi orang tak tau aku dok pejam mata senyap2 kat situ.. Heheheh.. Seram nyer pasal (especially part dukung mayat tu) In the end, aku suruh adik aku cerita balik scene2 hantu dan seram yang ado.. Hahahaha.. So kalo aku ditanya soalan, "Best ke KHURAFAT tu?" , nescaya aku akan jawab "Ntahla.. aku tak tengok pun.." bcoz memang betul ape. 50% dari masa tayangan tu, aku pejamkan mata je. tak tengok pun. Dahla dengan sound sistem kat dalam wayang tu ckit nyer baik.. Terasa nak pecah gegendang telinga aku dibuatnye.. Lagila sakit jantung aku dengar sound effect die.. KUS Semangat!


Dalam seram2 tu, aku boleyla citer skit spoilernye kat sini.. Cerita KHURAFAT ni mengisahkan Johan (Syamsul Yusof) yang bekerja di bilik mayat hospital dan isterinya Aishah (Liyana Jasmay), sering diganggu oleh makluk-makhluk halus ni sejak diorang balik dari kampung Si Johan ni. Disyaki bekas awek Johan (Sabrina Ali) yang menghantar gangguan-gangguan ni kerana frust menonggeng bile Johan dah kahwin ngan orang lain. Turut disyaki adalah makcik sapu sampah yang keje satu tempat ngan Johan ni. Dipendekkan cerita, akibat terlalu frust Johan kawen lain, Sabrina Ali ni pun akhirnya bunuh diri dan Johan ni pulak diamanahkan oleh mak Sabrina ni untuk menguruskan jenazah anaknya tu..(tu yang ade scene seram tu).. Di sinilah cerita KHURAFAT sebenar dibongkar..


Nak tau lagi? Silalah menonton sendiri untuk kepuasan maksimum.. Aku just bole cakap cerita ni oklay la gak bagi penggemar cerita seram.. Aku tak gemar because aku tak suke perasaan terkejut tu.. Tapi, biaselah, scene2 seram and dari mana hantu tu datang memang very predictable (tu yang aku bole pejam mata exactly bile time hantu tu kuar, walaupun aku tetap juga terkejut, ...mamang salah sound sistem yang terlampau tuuuu)
Anyway, out of 5, aku bagi 3 bintang untuk citer ni kerana berjaya membuatkan aku sakit jantung!! Tahniah!